Panduan pesakit
Soalan lazim
Kami mahu anda rasa yakin dan faham setiap langkah rawatan gigi anda bersama kami.
Lawatan dan bayaran
Ada parking tepi jalan di sekitar klinik. Ada juga parking berbumbung di Atria Shopping Gallery, lebih kurang 1 minit berjalan kaki dari klinik.
Kami terima pesakit dengan temu janji sahaja, supaya setiap pesakit dapat perhatian penuh. Telefon atau WhatsApp kami di 016-322 2135.
Boleh. Kami terima kad kredit utama termasuk Visa dan Mastercard. Kami juga terima e-wallet dan DuitNow QR.
Kos rawatan bergantung pada keperluan setiap orang. Semasa konsultasi, kami akan beri pelan rawatan dan pecahan kos yang jelas sebelum anda bersetuju.
Ya, klinik kami di tingkat bawah dengan laluan kerusi roda. Ada juga parking khas di depan klinik untuk mereka yang perlukan, seperti pengguna kerusi roda dan warga emas.
Penjagaan gigi
Kami sarankan pemeriksaan dan cuci gigi setiap 6 bulan. Lawatan berkala membantu menjaga kesihatan gigi dan membolehkan kami nampak masalah lebih awal.
Telefon atau WhatsApp kami di 016-322 2135 semasa waktu klinik. Kami akan beri nasihat tentang langkah seterusnya dan cuba cari masa untuk anda.
Kami guna pengimejan digital 2D dan 3D yang memberi gambar yang jelas dengan dos radiasi yang rendah. X-ray membantu doktor gigi merancang rawatan dengan selamat dan tepat.
Gigi kanak-kanak
Kami sarankan lawatan pertama sebelum hari jadi pertama anak, atau dalam masa enam bulan selepas gigi pertama tumbuh. Ini juga saranan Persatuan Pergigian Malaysia dan American Academy of Pediatric Dentistry. Lawatan awal membantu anak rasa selesa dan membolehkan kami mengesan perubahan ketika masih mudah diuruskan.
Boleh. Kami klinik keluarga dan kami suka jumpa kanak-kanak. Pasukan kami akan memperkenalkan rawatan gigi kepada anak anda secara perlahan-lahan dan lembut supaya mereka rasa selesa.
Kami sediakan pemeriksaan, fluorida dan fissure sealant untuk mencegah gigi berlubang. Kami juga sediakan rawatan ortodontik awal dan terapi miofungsian, yang boleh membantu tumbesaran rahang.
Hubungi kami
Ada soalan lain?
Tak jumpa jawapan yang anda cari? Hubungi pasukan kami.
